Cikgu E Meninggal Dunia, Perjuangan Melawan Kanser Temui Noktah

LocalHealth & Fitness
11 Nov 2025 • 5:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Cikgu E atau nama sebenarnya, Nassry Mardee Bin Ismail dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Telah menghembuskan nafas terakhir

Perkara itu dinyatakan menerusi akaun Facebook menggunakan nama allahyarham apabila pihak pengendali memberitahu khabar duka tersebut.

image is not available

Semoga Cikgu E tenang di sana

Dalam hantaran itu, pengendali yang dipercayai ahli keluarga Cikgu E memohon agar orang ramai dapat mengampuni dan memaafkan allahyarham disamping mendoakan segala urusannya di alam sana dipermudah.

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia dan jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggal dia…” tulis perkongsian tersebut.

image is not available

Terdahulu, kisah Cikgu E yang berjuang melawan kanser paru-paru tahap empat ini kerap menjadi sorotan apabila sentiasa tersenyum dan tidak pernah menyerah walaupun hanya mempunyai 30 peratus baki saluran pernafasan yang masih berfungsi.

Perjuangannya melawan tiga jenis penyakit, iaitu kanser buah pinggang, kanser kelenjar dan kanser paru-paru sejak Mac 2024 sebelum ini memasuki fasa kritikal, namun bertekad untuk terus ‘bernafas’ demi isteri dan lima cahaya matanya.

image is not available

Artikel lain: Air Mata Gembira, Pesakit Kanser Tahap 4 Terima Anugerah Emas Naib Canselor UUM

Salam takziah buat ahli keluarga allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Sumber: Facebook Nassry Mardee Ismail IV

The post Cikgu E Meninggal Dunia, Perjuangan Melawan Kanser Temui Noktah appeared first on Borak Daily.