
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tugas guru dalam mendidik murid menjadi insan berjaya bukanlah mudah. Oleh sebab itu, ada peribahasa yang mengibaratkan guru seperti lilin yang membakar diri.
Namun, sejak belakangan ini, ada sahaja kisah tular di media sosial melibatkan guru sekolah.
Kebanyakan kisahnya pula melibatkan sikap segelintir golongan tersebut yang dilihat boleh mencalar imej profesion itu sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Murid Sekolah Dimarahi Guru: Polis Buka Kertas Siasatan
Cikgu Hempas Murid & Cucuk Kepala Dengan Pen 7 Kali Hingga Kanak-Kanak Trauma
Terbaharu, kecoh di media sosial mengenai perbuatan kejam seorang guru terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia enam tahun.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh guru dan aktivis, Mohd Fadli Salleh di Facebook miliknya, dia mendakwa guru berkenaan menghempas anak rakannya pada meja.
Lebih parah, kepala kanak-kanak malang itu ditikam dengan pen sebanyak tujuh tusukan hingga mangsa trauma.
Jelas Fadli yang popular dengan gelaran Cikgu Fadli, kejadian berkenaan dialami oleh anak rakannya dan dia baru pulang dari menemani bapa mangsa pergi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak.
“Jam 2 pagi baru pulang dari IPD Gombak teman member buat report (laporan) kes cikgu hempas anak dia dekat meja kemudian tikam kepala dengan pen.
“Tujuh tusukan dekat kepala. Budak tu sampai trauma. Lalu depan sekolah je budak tu kata, ‘Mama. Tutup cermin. Kakak takut’. Budak umur baru 6 tahun kot,” tulisnya.
Bapa Mangsa Menangis & Mengigil Lihat Rakaman CCTV
Lebih menyedihkan, bapa mangsa menangis dan menggigil ketika melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) apabila mengetahui anaknya dilakukan sebegitu rupa.
Difahamkan, mangsa akan dibawa semula ke Hospital Selayang untuk mendapatkan pengesahan perubatan pada malam ini (30 Mei) bagi mendapatkan laporan segera.
“Kejap lagi ayah akan bawa anak ke Hospital Selayang untuk dapatkan pengesahan medical.
“Sebelum ni ayah dah bawa ke klinik swasta dan Hospital Sungai Buloh. Tapi sebab tak ada dokumen polis, report medical (laporan perubatan) dari Hospital Sungai Buloh selepas seminggu baru dapat.
“So, malam ini (30 Mei) terus ke Hospital Selayang untuk dapatkan report segera,” tulisnya.
Difahamkan guru yang terlibat merupakan guru tadika sekolah swasta ternama yang didakwa mempunyai 50 cawangan.
Titip Nasihat Kepada Individu, Jangan Jadi Guru Kalau Panas Baran
Pada masa yang sama, Fadli turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak memilih untuk menjadi guru sekiranya mempunyai sikap panas baran.
“Jangan la mohon jadi cikgu kalau jenis baran dan tak suka budak-budak ni. Tolong la jangan apply (mohon) jadi guru swasta ke, pembantu pra ke, pengasuh ke apa.
“Jadi cikgu ni kena ada jiwa. Kalian berhubung terus dengan manusia kecil yang akal mereka belum sempurna. Sedih dengar kes begini kejam boleh berlaku,” tulisnya lagi.
Jam 2 pagi baru pulang dari IPD Gombak teman member buat report kes cikgu hempas anak dia kat meja kemudian tikam kepala…
Posted by Mohd Fadli Salleh on Thursday 29 May 2025

Mangsa Jenis Ceria & Tak Suka Mengadu, Ibu Bapa Hanya Sedar Lepas Darah Keluar Tak Henti Dari Hidung
Kongsi Fadli lagi, mangsa adalah anak sulung dan merupakan seorang yang ceria serta tidak suka mengadu.
Ibu bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas hidung kanak-kanak berkenaan berdarah dengan banyak dan tidak henti.
Lebih menyentuh hati, ketika ibu saudara mangsa datang ke rumah, si cilik itu dengan gembira dan ceria mengadu kepalanya dicucuk jarum.
“Mak ayah dia tak perasan masa ambil sebab darah dah kering masa tu. Anak tu pula mandi pakai sendiri, masa mandi tak ada meraung sakit ke apa.
“Jadi tak ada sesiapa syak. Hinggalah jam 4 pagi, hidung anak itu berdarah dengan banyak. Sekitar jam 7 pagi baru darah berhenti.
“Terkejut mamanya lihat darah membuak keluar ikut hidung. Masa tu baru dia siasat, dan masa tu baru anak dia cerita apa yang berlaku.
“Masa mak saudara dia datang, dengan gembira dan ceria dia berkata, ‘Mak Long. Kepala kakak kena cucuk jarum’.
“Menangis mak saudara dia lihat kepolosan anak tak berdosa itu meluah,” tulisnya.
Anak-anak ni ada pelbagai rentak dan gaya. Ada jenis manja, luka sikit dia meraung bagai nak mati. Ada pula jenis…
Posted by Mohd Fadli Salleh on Thursday 29 May 2025
Ramai Geram Dengan Perbuatan Kejam Guru Terhadap Murid 6 Tahun
Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan geram dengan tindakan kejam guru berkenaan kepada kanak-kanak perempuan itu.
Malah, ada yang simpati dengan nasib si cilik berkenaan kerana dilakukan sebegitu rupa.
Tidak hanya itu, ada yang mahu guru berkenaan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Sedihnya Baca 6 Tahun Diperlakukan Begitu”

“Nasib Ada CCTV, Sepatutnya Semua Sekolah Tak Kira Swasta Atau Kerajaan Memang Dah Wajib Kena Ada CCTV”

“Murid Perempuan, 6 Tahun, Kepala Hempas Di Meja, 7 Tusukan, Pelaku (Cikgu) Ada Masalah Mental Ke? Semoga Disegerakan Pengadilannya”

“Lain Macam 7 Tusukan, Macam Dengan Niat Je, Budak Pula Tu, Seram Cikgu-Cikgu Zaman Sekarang”

“Baru 6 Tahun, Allah, Speechless Saya, Kesiannya Anak Tu”

Baca Artikel Berkaitan: Datuk Dakwa Cucu Tahun 2 Ditampar Cikgu Hanya Kerana Salah Masuk Kelas
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Kecewa, Anak Baru Baik Trauma Dipukul Guru Hingga Takut Ke Sekolah
Source:



