Cikgu terkejut dapat hadiah lipstik mahal, terharu anak murid sambut hari lahir

19 Jul 2024 • 9:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang cikgu terkejut dapat hadiah lipstik mahal daripada salah seorang muridnya serta terharu apabila hari ulang tahunnya dirai oleh mereka.

Anak murid ingat hari lahir guru

Menerusi perkongsian yang dibuat guru wanita dikenali sebagai Nur Insyirah di TikTok, dia telah membuat video membuka hadiah daripada muridnya.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah hadiah yang diterima iaitu lipstik dari jenama terkenal dan pastinya berharga agak mahal.

@syiraaishak

sorry jakun sikit, baru nak merasa ada lipstick mahai u

♬ original sound – bigboss – bigboss

Cikgu terkejut dapat hadiah, lipstik YSL bukan murah

Ujarnya, ia merupakan kali pertama mempunyai lipstik dengan jenama dan harga sebegitu sehingga hampir terlompat dari tempat duduk kerana begitu gembira.

Dalam pada itu, dia turut memuat naik kad ucapan yang diterima daripada murid terbabit dengan mengucapkan terima kasih diatas hadiah yang cukup bermakna.

image is not available

Cikgu terkejut dapat hadiah, mesti simpan tau mau pakai ni

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet apabila rata-rata menyatakan mungkin dia merupakan seorang guru yang baik serta menyeronokkan.

Ada juga berkongsi kisah hampir sama apabila mendapat hadiah mewah daripada anak murid namun masih lagi tetap tegas ketika di sekolah agar mereka terus menjadi seorang yang berguna di masa hadapan.

image is not available

Masih ramai murid yang menghargai cikgu

image is not available

Mesti cikgu yang best untuk pelajar ni

image is not available

Comel betul! Mesti cikgu favourite dia ni

image is not available

Anak murid yang lain pun buat sambutan hari lahir

Di posting yang berlainan, Nur Insyirah juga telah memuat naik momen sewaktu diberi kejutan oleh murid-muridnya di dalam kelas dengan menghadiahkan sambutan hari lahir kepada guru tersayang.

Dapat dilihat mereka betul-betul menghargai guru wanita itu apabila bersama-sama menyiapkan persiapan untuk majlis tersebut di dalam kelas.

@syiraaishak

19/7/2024: Tahun ketiga sambut bersama mereka (tak cukup tersenyum bahagia ke ni )

♬ suara asli – .kamall_ – kamall_

Semoga semua yang bergelar berjaya dunia akhirat dan tidak pernah melupakan jasa serta pengorbanan para guru dalam memastikan mereka menjadi insan yang berguna di masa akan datang.

Sumber: TikTok Nur Insyirah