Cillian Murphy Dilapor Bakal Kembali Untuk Filem Peaky Blinders

EntertainmentMovie
27 Mar 2024 • 1:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon popular Ireland, Cillian Murphy dilaporkan bakal kembali semula membintangi watak utama sebagai Tommy Shelby dalam filem Peaky Blinders mulai September tahun ini.

Menurut laporan Prestige Online, Pengarah filem Steven Knight mengesahkan kepulangan Murphy dalam filem tersebut sekali gus memberitahu penggambaran yang akan dijalankan.

image is not available

Foto: Google

“Dia (Murphy) pasti akan kembali untuk itu (Peaky Blinders).

Kami melakukan penggambaran pada September berhampiran dengan jalan raya di Digbeth,” katanya.

Knight juga berkata bahawa dia sudah mempunyai perancangan tentang kelanjutan filem tersebut namun masih belum mengetahui bagaimana filem itu akan dipersembahkan oleh watak-watak dalam lakonan.

image is not available

Foto: Prestige Online

“Filem ini, sudah tentu saya tahu tentang apa. Dan saya tahu dua cerita apa yang akan diceritakan. Apa yang akan berlaku selepas itu, saya mahu perkara itu bergantung kepada filem ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Murphy juga pernah berkata bahawa dia sangat terbuka melakonkan semula watak Tommy Shelby dan bersedia untuk kembali sekiranya watak itu diberikan kepadanya.

“Maksud saya, saya terbuka kepada idea itu. Saya selalu berfikir jika terdapat lebih banyak cerita untuk diceritakan lagi,” katanya.

image is not available

Foto: Prestige Online

Untuk makluman, siri terakhir dalam filem itu menyaksikan Tommy Shelby (ketua kumpulan penjenayah) membunuh anak saudaranya sendiri dimana aksi itu menepati ramalan Aunt Polly (Helen McCrory).

Tommy yang mengetahui dirinya ditipu menghidap kanser otak, berniat untuk membunuh Dr Holand namun membatalkan niatnya, lalu menunggang kudanya tanpa arah tujuan.