CIMB Akan Beralih Ke SecureTAC Sepenuhnya Pada 2023, Tiada Lagi SMS OTP

4 Oct 2022 • 12:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Langkah ini diambil terhadap penipuan yang diketengahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

CIMB Akan Beralih Ke SecureTAC Sepenuhnya Pada 2023, Tiada Lagi SMS OTP. Dilaporkan syarikat CIMB kini sedang melaksanakan peningkatan langkah keselamatan terhadap penipuan yang diketengahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut ketua pegawai eksekutif Datuk Abdul Rahman Ahmad, mereka kini melaksanakan lima langkah keselamatan tambahan seperti yang diumumkan oleh BNM, dengan salah satunya adalah penggunaan transaksi SecureTAC sepenuhnya.

image is not available
CIMB Akan Beralih Ke SecureTAC Sepenuhnya Pada 2023, Tiada Lagi SMS OTP

Pilihan alternatif SMS OTP akan dihentikan pada separuh pertama 2023

Menurut laporan, CIMB akan menghentikan sepenuhnya pilihan alternatif menggunakan SMS OTP / TAC dan hanya membenarkan penggunaan SecureTAC untuk melakukan transaksi pada separuh pertama 2023.

Pelaksanaan penggunaan sepenuhnya SecureTAC adalah selepas cadangan BNM, yang mengatakan bahawa sistem SMS OTP nampaknya menjadi punca utama penipuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Sementara itu, CIMB juga kini sedang mempercepatkan langkah untuk mengehadkan pelanggan kepada satu peranti mudah alih yang selamat untuk pengesahan transaksi perbankan dalam talian dengan pelancaran disasarkan menjelang akhir Oktober 2022.

Ini bermakna hanya peranti berdaftar dan dipautkan pada CIMB Clicks sahaja boleh membuat transaksi kepada pihak lain, manakala penyertaan URL pada SMS yang dihantar kepada pelanggan akan dihentikan sepenuhnya oleh CIMB.

Lagi di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved