CIMB Akan Menghantar Notifikasi Transaksi Melalui Aplikasi CIMB OCTO Berkuat-kuasa 17 Mei 2025 – Tiada Lagi SMS

TechnologyDigital
11 May 2025 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CIMB kini memaklumkan para pengguna, berkuat-kuasa 17 Mei 2025 kelak, semua notifikasi transaksi untuk transaksi pada CIMB Clicks, FPX dan juga melalui CIMB OCTO, akan dihantar melalui aplikasi CIMB OCTO sahaja. Tiada lagi notifikasi SMS akan dihantar selepas tarikh berkenaan.

image is not available

Selari dengan langkah ini, pengguna diminta untuk menguruskan tetapan notifikasi dalam memastikan anda tidak tertinggal sebarang notifikasi berkaitan transaksi. Untuk tujuan berkenaan, pada aplikasi OCTO, pergi ke Lagi > Tetapan > Utus Notifikasi > dan pilih “Activate”.

Untuk makluman juga, sebelum ini pihak CIMB telah menamatkan penggunaan aplikasi CIMB Clicks pada peranti mudah-alih, dan beralih sepenuhnya ke penggunaan CIMB OCTO.