CIMB Artober 2026 di Ombak KLCC bermula esok

27 Oct 2026 • 5:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CIMB Artober 2026 di Ombak KLCC bermula esok

PETALING JAYA – CIMB Artober 2026, acara seni utama tahunan CIMB Group Holdings Berhad kembali untuk tahun keenam bagi menyokong penggiat seni, memperkasa komuniti serta memacu ekonomi kreatif Malaysia.

Tahun ini, acara itu dijalankan selama lima hari di mercu tanda seni bina terbaharu Kuala Lumpur, Ombak KLCC dari 28 Oktober hingga 1 November 2026, menampilkan 15 galeri dan usahawan kreatif.

Masuk adalah percuma. Satu lelongan seni yang dikendalikan oleh MERCY Malaysia akan diadakan pada 1 November, dengan hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Am MERCY Malaysia.

Turut ditampilkan ialah Frienden Arts, sebuah platform seni dan galeri tempatan yang diasaskan oleh Branden Lim, seorang penggiat seni yang menghidap atrofi otot spina.

Ia mengetengahkan karya-karya oleh penggiat seni kelainan upaya dan pesakit penyakit nadir, sekali gus membantu mereka lebih dikenali ramai dan menjana pendapatan daripada hasil kerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin berkata, seni mempunyai nilai menjangkaui apa yang zahir dari padangan mata. Ia terletak pada kemampuannya untuk membuka ruang, menghubungkan masyarakat serta mencipta pelbagai peluang.

“Menerusi Artober, kami mahu menyediakan platform untuk artis muda sedang meningkat naik dan artis dengan kelainan upaya untuk terus berkembang, sambil membina jalinan lebih utuh antara seni, perniagaan dan komuniti.

“Ini mencerminkan matlamat CIMB dalam memperkasakan pelanggan dan masyarakat atau Advancing Customers and Society, memastikan manfaat seni dirasai melangkaui pameran ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak diperkenalkan pada 2020, CIMB Artober telah menjana lebih RM23 juta untuk komuniti seni.
Penggiat seni yang terlibat termasuk Mohd. Al-Khuzairie, Fawwaz Sukri, Najib Bamadhaj, Eiffel Chong, Khabir Roslan, Haafiz Shahimi, James Seet dan Bayu Utomo Radjikin.

Galeri dan usahawan kreatif yang mengambil bahagian ialah Art Plus Contemporary, The Bauhaus Gallery, Capital Fine Art, Core Design Gallery, Frienden Art, G13 Gallery, Kakao Origins, Pahang Pavilion, Rovski, O Sculpture Art Space, TAG, Taksu, Tokö, Wei-Ling Gallery dan Yayasan Hasanah.

Katalog penuh penggiat seni dan karya yang dipamerkan boleh didapati di artemisiatech.com dan laman web rasmi CIMB Artober 2026 di www.cimb.com.my/artober. – KOSMO! ONLINE

 

The post CIMB Artober 2026 di Ombak KLCC bermula esok appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved