CIMB bantu jayakan terbitan Sukuk Global AS$1.5 bilion Malaysia

LocalBusiness & Finance
24 Jul 2026 • 4:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: CIMB bantu jayakan terbitan Sukuk Global AS$1.5 bilion Malaysia

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran modal Islam global setelah bertindak sebagai Pengurus Utama Bersama dan Pengurus Buku Bersama bagi terbitan Sukuk Global kerajaan Malaysia bernilai AS$1.5 bilion (RM6.14 bilion).

Dalam urus niaga tersebut, CIMB bergandingan dengan HSBC, J.P. Morgan dan Standard Chartered bagi membantu kerajaan mengakses pasaran modal hutang antarabangsa serta menarik penyertaan pelabur institusi dari seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Novan Amirudin, berkata pelantikan CIMB sebagai satu-satunya bank Malaysia dalam peranan itu mencerminkan kekuatan platform pasaran modal hutang, keupayaan pengedaran global serta kepimpinan berterusan Kumpulan dalam kewangan Islam.

“Dengan menggabungkan kepimpinan pasaran domestik kami dan penglibatan mendalam merentasi pelabur pendapatan tetap global, kami dapat menyumbang secara bermakna kepada kejayaan pelaksanaan penerbitan serta mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam pasaran modal Islam antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terbitan Sukuk Global itu menerima permintaan kukuh daripada pelabur institusi berkualiti tinggi di seluruh dunia dengan lebihan langganan sebanyak 4.7 kali, apabila buku tempahan mencecah lebih AS$9.5 bilion (RM38.88 bilion).

Ia turut mencatat spread (jurang hasil) paling rendah pernah dicapai bagi Sukuk Dolar Amerika Syarikat Kerajaan Malaysia, sekali gus mewujudkan penanda aras baharu di pasaran sukuk antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

The post CIMB bantu jayakan terbitan Sukuk Global AS$1.5 bilion Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved