CIMB Music Run kini kembali selepas tiga tahun tertangguh! Mari rebut tiket percuma

Music
11 Nov 2022 • 6:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekiranya anda gemar berlari dengan alunan muzik sebagai bunyi latar, anda perlu sertai program ini. CIMB telah meneruskan semula program Music Run selepas tiga tahun tertunda dek pandemik. Program ini akan berlangsung pada 3 Disember 2022 di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.

image is not available

Buat anda yang tak pernah dengar tetnang CIMB Music Run, secara ringkasnya ini adalah acara larian yang diiringi muzik. Diberi jolokan "Parti Paling Sihat" di Asia, seramai 18,000 peserta direkodkan menyertainya setiap tahun daripada 2017 hingga 2019.

image is not available

Di akhir program, peserta boleh menyejukkan badan dengan menyertai pertunjukkan Live The Beat, konsert yang disertai pemuzik-pemuzik terkenal. Tahun ini, kita ada artis-artis tempatan dan DJ jemputan daripada Australia, DJ Sam Withers dan DJ Jesse Lawrence.

Semua peserta akan menerima kit larian yang mengandung pingat penyudah edisi terhad, t-shirt, pelekat kereta, pelekat tatu, beg, dan lain-lain goodies menarik daripada rakan-rakan penaja bersama. Anda boleh dapatkan kit larian di Starling Mall antara 25 hingga 27 November 2022 ini.

Bagaimana untuk dapat tiket percuma?

Kami sediakan 5 pasang tiket untuk diberi percuma!

Ini cara anda boleh menang tiket:

Langkah 1: Ikuti page SoyaCincau dan The Music Run di Facebook

Langkah 2: Di ruangan komen utusan ini, kongsikan lagu senaman apa paling anda suka dan tag rakan senaman anda diikuti tanda pagar #TheMusicRunbyCIMB #LivetheBeat.

Nak lebih peluang untuk menang, kongsi utusan ini di Story IG dan tag @mysoyacincau

Tempoh pertandingan adalah antara 11 November hingga 14 November 2022. Kami akan umumkan pemenangnya pada hari Selasa, 15 November 2022. Semoga berjaya!

Tertakluk T&C. Hanya untuk penduduk Malaysia dan 1 pemenang akan terima sepasang tiket.