CIMB OCTO merupakan aplikasi perbankan milik CIMB, menggantikan penawaran CIMBClicks sebelum ini. Sejak diperkenalkan, ia menawarkan antaramuka lebih moden, disamping menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.

Tidak setakat itu, dalam masa terdekat ini, CIMB OCTO bakal menambah ciri baharu, iaitu sokongan mengawal kad debit terus melalui aplikasi, sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan sejumlah tetapan terus melalui aplikasi mudah-alih, melibatkan kad debit CIMB mereka.
CIMB OCTO juga menyasarkan menambah ciri DuitNow Request, sekaligus membolehkan anda membuat permintaan bayaran daripada pengguna lain dengan mudah menggunakan DuitNow ID.
Ciri-ciri baharu ini dijangka diperkenalkan pada CIMB OCTO dalam masa terdekat ini.
