Cinebench Kini Boleh Menguji Kemampuan GPU Komputer

TechnologyDigital
6 Sep 2023 • 10:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Cinebench digunakan bagi melakukan ujian penanda aras CPU pada sesebuah komputer. Hari ini Cinebench 2024 telah dilancarkan dan ia kini kembali menawarkan ujian menanda aras GPU komputer yang kali terakhir disokong pada versi 15. Dengan ini hanya satu aplikasi penanda aras diperlukan untuk melihat kemampuan CPU dan GPU serta memudahkan perbezaan prestasi komputer ini dilihat.

image is not available

Walaupun dua ujian berbeza dilakukan, imej yang diuji masih lagi sama supaya markah akan konsisten. Satu lagi perubahan yang dilakukan ialah Cinebench kini menggunakan Redshift yang merupakan renderer lalai Cinema 4D. Antaramuka juga telah dikemaskini untuk kelihatan lebih kemas. Bagi yang berminat Cinebench 2024 boleh dimuat turun percuma hari ini menerusi laman rasmi Maxon.