
Cinnabon Malaysia yang kini beroperasi di bawah payung AC Hesed Group, berbesar hati memperkenalkan Siri Lotus Biscoff sempena meraikan musim perayaan kali ini.
Barisan produk terbaharu ini adalah hasil kerjasama dengan Lotus Biscoff, dan ia terdiri daripada roti gulung kayu manis dan dua minuman yang lazat.
Jika anda salah seorang yang tidak pernah berkata ‘tidak’ pada hidangan berperisa Lotus Biscoff, Lotus Biscoff Cinnabon baharu adalah untuk anda.
Ciptaan baharu ini menggabungkan roti gulung Cinnabon yang ikonik dan terkenal di dunia, dengan kekayaan karamel Lotus Biscoff.
Cinnabon Malaysia telah mencipta frosting keju krim berperisa Lotus Biscoff, yang mengungguli roti gulung kayu manis klasiknya, bersama-sama dengan karamel mewah dan serbuk biskut Lotus Biscoff.
Gabungan ini menjanjikan kepuasan tak terhingga dan sesuai dijadikan manisan untuk acara keluarga dan rakan-rakan.
Boleh didapati dalam saiz klasik dan mini, Lotus Biscoff Cinnabon bagaimana pun ditawarkan untuk masa terhad. Jadi, jangan berlengah-lengah jika tidak mahu kecewa.
Bagi melengkapkan pengalaman menjamu selera, Siri Lotus Biscoff juga hadir dengan dua minuman baharu yang mewahdengan rasa iaitu Lotus Biscoff Latte dan Lotus Biscoff Chillatta®!
Minuman ini menonjolkan rasa Lotus Biscoff yang istimewa dan menjanjikan pengalaman minuman yang penuh kenikmatan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.
“Kami sangat teruja untuk membawakan rasa segar dan lazat ini kepada rakyat Malaysia bagi membolehkan mereka menikmati pengalaman baharu untuk seisi keluarga.
“Dengan jumlah operasi yang semakin bertambah di seluruh Malaysia, kami berharap Cinnabon dapat mencipta pengalaman rasa terbaik untuk para penggemar, dan berharap semua orang dapat berkongsi lebih banyak detik-detik manis dengan kami,” kata Pengasas AC Hesed Group, Andy Chaw.
Siri Lotus Biscoff menyertai barisan kegemaran peminat Cinnabon Malaysia, termasuk Klasik, Chocobon dan Karamel Pecanbon. Anda juga boleh menikmati Roll-on-the-Go khas Cinnabon, minuman Classic Lemonade segar yang baru diperah, minuman berasaskan espreso dan tidak ketinggalan blended Chillattas®.
Cinnabon kini beroperasi di The Exchange TRX, Nu Sentral, Sunway Pyramid dan IOI City Mall. Pembukaan cawangan baharu akan dibuka secara berperingkat di seluruh negara.
Waktu operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Anda boleh ikuti Cinnabon Malaysia di Instagram dan Facebook untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. - Getaran, 15 Disember 2024
Photo : Cinnabon Malaysia
