
Sedia maklum, pada 9 April lalu, pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego dikhabarkan sudah kembali rujuk semula setelah pelakon lelaki tersebut melafazkan talak satu terhadap isteri pada 27 Mac yang lalu.
Menurut pasangan tersebut, mereka mengambil masa bertenang sepanjang waktu edah sebelum memutuskan untuk kembali rujuk semula.
View this post on Instagram
Linda Hashim menganggap hubungannya kini bersama Beego seakan kembali semula pada zaman bercinta seperti 10 tahun lalu.
Menurutnya lagi, penceraian yang berlaku antara suami membuat mereka kembali bermuhasabah diri selain duduk berbincang secara profesional bagi mendalami hati masing-masing.
Cinta yang baru berbanding tempoh 10 tahun sebelum ini.
Sekadar info, pada Isnin lalu, pasangan selebriti ini membuat ramai terkejut setelah mereka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membatalkan tuntutan nafkah serta hak penjagaan tiga anak mereka.
"Bukan Sebab Penyondol, Tapi.." - Linda Hashim Dan Beego Akui Bercerai Tetapi Rujuk Semula
The post “Cinta Baru Berbanding 10 Tahun Lalu” – Linda Hashim & Beego Muhasabah Diri, Jadi Macam Pasangan Baru Bercinta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



