Cinta Dalam Sekam, raih kedudukan drama No.1 di Viu Malaysia dalam tempoh seminggu tayangan

LocalEntertainment
29 Jul 2026 • 12:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Cinta Dalam Sekam, raih kedudukan drama No.1 di Viu Malaysia dalam tempoh seminggu tayangan

KUALA LUMPUR: Drama Viu Original, Cinta Dalam Sekam, berjaya meraih kedudukan nombor satu di platform Viu Malaysia dalam tempoh seminggu selepas tayangan perdananya.

Karya arahan Feroz Kader yang berlatarbelakangkan era 1980-an itu juga mencatatkan kejayaan luar bisasa apabila meraih lebih 21 juta tontonan di platform media sosial.

Pencapaian memberangsangkan naskhah berkenaan turut disokong oleh kualiti penceritaan, sinematografi serta impak lagu runut bunyi (OST) Sang Penikam, nyanyian Noh Salleh dan Aina Abdul.

“Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW, hari ini mengumumkan bahawa Viu Original Cinta Dalam Sekam berjaya menduduki kedudukan No.1 di Viu Malaysia hanya dalam tempoh seminggu sejak tayangan perdananya.

“Cinta Dalam Sekam juga mencatatkan lebih 21 juta tontonan di platform media sosial, hasil perkongsian klip-klip drama, perbualan aktif dalam kalangan pengguna media sosial serta sokongan berterusan daripada para penonton.

“Lagu runut bunyi rasmi, Sang Penikam, nyanyian Noh Salleh dan Aina Abdul juga mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya menduduki kedudukan nombor satu di iTunes Malaysia.

“Lagu berkenaan turut berada di kedudukan keenam dalam senarai YouTube Trending,” katanya menerusi kenyataan media Viu.

Dalam pada itu, kejayaan drama berkenaan turut mendapat maklum balas yang baik daripada pengguna di platform Threads yang mengagumi mutu produksi serta lakonan para pelakon.

Sebahagian besar mereka menyifatkan lakonan barisan pelakon seperti Siti Khadijah Halim, Amir Ahnaf, Haidar Hasanudin dan Riz Amin sebagai sangat berkesan dalam menghidupkan emosi watak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved