Cinta tak kesampaian, gadis jadi mangsa ditikam pisau — Saudara sendiri terima padah, dipenjara 7 tahun! Ini kronologinya…

LocalPolitics
30 Oct 2025 • 6:06 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SIAPA sangka tindakan melulu seorang pemuda selepas berang cinta bertepuk sebelah tangan berakhir di penjara.

Muhammad Hidayat Burhan, 25, membuat pengakuan bersalah menikam seorang remaja perempuan yang juga saudaranya gara-gara bengang cintanya ditolak.

Dia yang tidak bekerja dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Dalam pertuduhan, pemuda itu didapati telah menikam mangsa yang berusia 18 tahun menggunakan sebilah pisau yang boleh menyebabkan kematian di Jalan Tangga Batu, berhadapan Taman Tangga Batu,di sini kira-kira jam 4.05 petang pada 20 Oktober lalu.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, penjara boleh meningkat hingga maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

image is not available

Muhammad Hidayat yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan menyesal atas perbuatannya serta mengakui mengenali mangsa yang pernah cuba dipikatnya sebelum kejadian.

Berikut kronologi kejadian:

1-Dalam kejadian jam 4.45 petang berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen, Melaka gadis  berkenaan sedang membonceng motosikal kakak iparnya yang bekerja di sebuah kilang untuk pulang ke rumah mereka di Batu 9 Tangga Batu.

2- Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, kakak ipar mangsa mendapati tidak ada individu mengekori mereka.

3-Namun, gadis berkenaan secara tiba-tiba memberitahu dia berasa sakit di bahagian belakang dan meminta untuk berhenti di tepi jalan.

image is not available

4-Ketika itulah kakak ipar mangsa melihat sebuah motosikal jenis Yamaha LC V8 warna biru gelap dinaiki seorang lelaki tidak dikenali dan memakai jaket warna gelap serta topi keledar warna biru memecut laju selepas kejadian berlaku.

5-Mangsa kemudian dibantu orang awam yang melihat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka dengan ambulans untuk rawatan.

6-Doktor memaklumkan mangsa luka di pinggang belakang sepanjang tujuh sentimeter, namun kedalaman luka tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat banyak darah.

7-Doktor juga memaklumkan kecederaan mangsa bukan akibat ditikam, tetapi seperti dilibas dengan objek tajam kerana berdasarkan daripada koyakan pada baju dan luka dialami mangsa yang panjang.

8-Kejadian berkenaan tular di media sosial apabila gambar mangsa yang memakai baju dan seluar hitam dan bertudung warna coklat sedang dibantu orang awam. mangsa mengalami luka pada bahagian belakang pinggang manakala pakaiannya terdapat kesan darah.

Sumber: Sinar Harian

 

 

 

View Original Article