Apple melancarkan cip A20 Pro awal pagi tadi dengan ia digunakan pada iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan iPhone Duo. Cip mercu ini dihasilkan menggunakan teknologi 2nm buat pertama kalinya dalam sejarah cip telefon pintar Apple.

Ia mengekalkan konfigurasi 6 teras CPU dengan 2 teras kuasa tinggi dan 4 lagi teras prestasi untuk menjalankan aplikasi lazim. Ini dipadankan pula dengan GPU 7 teras. Hasilnya ialah prestasi CPU meningkat 20% dan GPU pula sehingga 40% berbanding Apple A19 Pro tahun lalu.
Selain itu A20 Pro juga dilengkapi dua Neural Engine 16 teras yang meningkatkan kemampuan pemprosesan kecerdasan buatan dalam peranti sehingga dua kali ganda berbanding cip generasi terdahulu.
Tidak terhenti di situ, A20 Pro juga dilengkapi cip N1 bagi menyokong rangkaian Wi-Fi 7, Bluetooth 6, dan Thread. Modem pula ialah C2 juga rekaan yang memberikan sambungan selular lebih stabil, kelajuan muat naik lebih pantas, penjimatan tenaga sebanyak 15%, serta sokongan 5G mmWave di Amerika Syarikat.



