Cip Baharu MediaTek Akan Dilancarkan Pada 9 Oktober 2024 – Mungkin Dimensity 9400

TechnologyDigital
24 Sep 2024 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MediaTek dalam persediaan hadir dengan cip baharu pada Oktober akan datang. Ia dibuktikan apabila Mediatek dilihat berkongsi video promosi rasmi melalui salah satu kemaskini di Weibo. Meskipun tidak mendedahkan sebarang nama namun perkongsian itu memberi bayangan bahawa cip tersebut boleh dilengkapi kemampuan AI Generatif. Selain diyakini menjanjikan peningkatan prestasi lebih baik dalam pelbagai senario semasa.

image is not available

Terdapat juga andaian mengatakan Mediatek berkemungkinan mengumumkan cip mercu baharu Dimensity 9400 melaluinya. Sekaligus menyaksikan ia diperkenalkan lebih awal berbanding trend cip sebelum yang rata-rata tiba awal November. Dalam hal ini Snapdragon juga sebelum ini telah dilaporkan akan melancarkan cip mercu baharunya pada Oktober. Walaupun perincian pada cip Dimensity 9400 masih lagi misteri. Ia diyakini pastinya mampu memberi saingan sengit kepada cip baharu Apple A18 khususnya untuk prestasi GPU.