Cip Dimensity 9200 Akan Dilancarkan Pada 8 November

TechnologyDigital
1 Nov 2022 • 2:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun ini adalah menarik bagi MediaTek kerana reputasi mereka sebanyak pengeluar cip murah yang tidak berkuasa berjaya dihapuskan dengan pengenalan siri Dimensity 9000. Dengan mudah cip mercu ini memberikan persaingan kepada cip keluaran Apple, Samsung dan Qualcomm. Cip mercu mereka yang seterusnya ialah Dimensity 9200 dan ia akan dilancarkan secara rasmi pada 8 November.

image is not available

Ini disahkan sendiri oleh MediaTek menerusi laman Weibo mereka beberapa jam yang lalu. Dimensity 9200 akan menjadi cip yang menggantikan Dimensity 9000. Ia dipercayai akan dilengkapi teras utara Cortex-X3 sama seperti Snapdragon 8 Gen 2 yang turut akan dilancarkan pada pertengahan bulan ini oleh Qualcomm. Selain itu ia juga dijangka dilengkapi teras Cortex-A715, Cortex-A510 cores da GPU G-715 MC11.