Cip Exynos 1580 Dilancarkan Dengan Teknologi 4nm

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung telah meluaskan lagi rangkaian cip pemprosesan keluarannya melalui Exynos 1580. Ia dibina dengan teknologi EUV FinFET 4nm generasi ketiga Samsung. Selain itu diberi peningkatan prestasi sambil mengoptimumkan penggunaan kuasa pada peranti. Exynos 1580 juga dilengkapi keupayaan CPU, GPU dan NPU yang dipertingkatkan bertujuan untuk proses multi-tugas dan fungsi AI lebih baik.

image is not available

Diteruskan dengan berkongsi secara teknikal pemproses ini dilengkapi dengan konfigurasi 1 X Cortex-A720 (2.9 GHz), 3 X Cortex-A720 pada 2.6 GHz, 4 X Cortex-A520 (1.95 GHz) serta GPU Xclipse 540. Dengan ini Exynos 1580 menawarkan peningkatan kemampuan prestasi sehingga 37% dan kecekapan kuasa sehingga 20% serta NPU melonjak sehingga 14.7 TOPS (trilion operasi sesaat).

image is not available

Memanfaatkan seni bina RDNA 3 AMD pula, GPU Xclipse 540 boleh menggandakan kuasa pemprosesan dengan menggabungkan dua Work Group Processors. Ia turut ditingkatkan dengan cache GL2 yang mampu menawarkan kesan grafik lebih baik. Penekanan juga diberikan kepada kemampuan kecerdasan buatan yang mempu melaksanakan tugas yang komplekas seperti terjemahan imej masa nyata dan ringkasan kandungan dengan ketepatan lebih baik.

image is not available

Cip Exynos 1580 menyokong RAM berasaskan LPDDR5 dan storan UFS 3.1. Selain turut menawarkan kemampuan skrin beresolusi FHD+ @144 Hz dan sistem kamera sehingga 200MP dengan keupayaan rakaman video pada 4K60FPS. Terdapatnya AI Engine tambahan bertujuan untuk kualiti foto dan video lebih berkualiti dengan warna dan butiran lebih menonjol.

View Original Article