Cip MediaTek Dimensity 8350 Dilancarkan

TechnologyDigital
26 Nov 2024 • 10:29 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip MediaTek Dimensity 8350 dilancarkan semalam dengan adalah penambahbaikan kepada cip Dimensity 8300 yang dilancarkan sebelum ini. Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm dan hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6 dan NPU 780.

image is not available

Ini adalah konfigurasi CPU dan GPU yang sama sahaja dengan Dimensity 8300. Perbezaannya menurut MediaTek ialah penggunaan StarSpeed Engine untuk menjalankan permua. StarSpeed Engine menawarkan pengurangan penggunaan tenaga sehingga 10% dan mengurangkan isu tersekat-sekat ketika menjalankan permua.

Terdapat sokongan memori LPDDR5X, storan UFS 4.0, WiFi 6E, bluetooth 5.4, kamera sehingga 320MP dan sokongan video sehingga 4K 60FPS. Peranti pertama yang menggunakan Dimensity 8350 ialah Oppo Reno13 dan Oppo Reno13 Pro.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved