Cip MediaTek Dimensity 9400+ Dilancarkan Dengan CPU Lebih Pantas

TechnologyDigital
11 Apr 2025 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip pemproses mercu terbaru MediaTek Dimensity 9400+ dilancarkan semalam dengan ia telahpun digunakan pada siri Oppo Find X8s. Ia mirip dengan Dimensity 9400 cuma dengan CPU yang beroperasi pada kelajuan lebih tinggi.

image is not available

Dimensity 9400+ hadir dengan 8 teras CPU yang terdiri daripada satu teras Cortex-X925 pada kelajuan 3.73 GHz, tiga teras Cortex-X4 pada kelajuan 3.3 GHz dan empat teras Cortex-A720 pada kelajuan 2.4GHz.

Ia turut dilengkapi GPU Immortalis-G925 MC12 dan NPU 890 generasi ke lapan yang membolehkan ia menjalankan pelbagai model AI seperti Gemini Nano terus daripada sebuah telefon pintar. Satu lagi penambahbaikan dilakukan pada NPU yang kini boleh melakukan proses kecerdasan buatan (AI) 20% lebih pantas. Teknologi 3nm TSMC telah digunakan bagi menghasilkan cip ini.

Cip mercu ini menyokong memori LPDDR5X, storan UFS 4.0 + MCQ, mampu menyokong kamera sehingga 320MP, rakaman video 8K 60FPS, skrin WQHD+ sehingga 180Hz, sokongan peranti tri-skrin boleh lipat, WiFI 7, 5G Sub 6GHz dan bluetooth 5.4.