MediaTek telah memperkenalkan Dimensity 9400e, iaitu cip pemprosesan terbaru yang dibangunkan menggunakan teknologi binaan 4nm oleh TSMC. Cip ini terdiri daripada CPU lapan teras dengan 1x Cortex-X4 (3.4GHz), 3x Cortex-X4 (2.85GHz) dan 4x Cortex-A720 (2.0GHz).

Dimensity 9400e turut menggunakan GPU Immortalis-G720 MC12, yang menyokong teknologi Star Speed Engine Adaptive Control 2.0 dan Dimensity Frame Double Technology 2.0+ bagi memastikan pengalaman visual yang lancar terutamanya untuk permua.
Cip ini juga dilengkapi dengan NPU)yang menyokong kecerdasan buatan (AI) generatif. Dengan teknologi MediaTek NeuroPilot, ia dapat menjalankan proses AI dengan lebih cekap termasuk aplikasi pembelajaran mesin dan pemprosesan bahasa.

Dimensity 9400e juga menyokong rakaman HDR tiga mikrofon bagi membolehkan pengguna merakam audio berkualiti tinggi walaupun dalam persekitaran yang bising. Sambungan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6 disediakan untuk kelajuan internet yang lebih pantas serta sambungan stabil. Cip ini turut menyokong paparan WQHD dengan kadar segar semula 180Hz, dan kamera sehingga 320MP.
Realme GT7 telah disahkan akan menggunakan cip Dimensity 9400e ini dan pelancarannya dijadualkan pada 27 Mei 2025.
