AMD telah mengesahkan bahawa CPU pusat data terbaru mereka, iaitu AMD EPYC Venice sudahpun mula dihasilkan oleh kilang TSMC, dan menariknya, ia merupakan cip pemprosesan pusat data (High Performance Computing) pertama yang dihasilkan menggunakan nod proses TSMC N2 (2nm) terbaru mereka.

Bukan itu sahaja, AMD EPYC Venice juga merupakan CPU pertama yang menggunakan teknologi Zen 6, dan boleh menyokong dari 12 ke 16 saluran memori DDR5,
We're proud of our deep partnership with TSMC, and we know the need for compute will continue to grow, which is why we're excited to announce several updates… pic.twitter.com/QM4FUZuVZ4
Dalam pada itu, AMD juga telah mengesahkan bahawa TSMC juga berjaya mengeluarkan siri cip pemprosesan AMD EPYC generasi kelima, “Turin” di kilang mereka yang terletak di Arizona, Amerika Syarikat. Ini merupakan satu pencapaian besar kerana ia bermakna bahawa AMD boleh mengeluarkan cip-cip pemprosesan pusat data mereka di negara tersebut, dan tidak perlu bergantung kepada kilang di luar negara.
