Cip Qualcomm Snapdragon X2 Elite Sedang Diuji – Dikatakan Hadir Dengan 64GB Memori Terbina

TechnologyDigital
3 Jun 2025 • 12:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm nampaknya akan memperlihatkan siri cip pemprosesan komputer riba generasi kedua mereka tidak lama lagi, yang mungkin akan dinamakan Qualcomm Snapdragon X2, dan salah satu daripada cip pemprosesan tersebut, iaitu Snapdragon X2 Elite dilaporkan kini sedang dalam proses ujian.

Beberapa laporan mengatakan bahawa cip pemprosesan ini hadir dengan nama kod SC8480XP, dan hadir dengan penawaran sebanyak 18 teras fizikal, 6 lebih banyak berbanding dengan penawaran cip Snapdragon X Elite sebelum ini.

SC8480XP aka SD X2 Elite in testing with 64GB RAM… looking like 18 core thing more and more.

Roland Quandt (@rquandt.bsky.social) 2025-05-30T13:56:31.171Z

Untuk kit ujian, mereka juga melaporkan bahawa komputer-komputer tersebut hadir dengan penawaran 64GB memori DDR5 dan storan SSD sebesar 1TB. Dengan konfigurasi ini, terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa cip pemprosesan ini akan menguasakan komputer desktop juga, dan bukan hanya komputer riba sahaja.

Qualcomm dijangka akan memperlihatkan siri cip pemprosesan ini sewaktu acara Snapdragon Summit di Hawaii pada penghujung bulan September ini.