Cip Snapdragon 4s Gen 2 Kini Rasmi Untuk Peranti 5G Mampu Milik

TechnologyDigital
30 Jul 2024 • 3:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snapdragon 4s Gen 2 telah dilancarkan sebentar tadi sebagai cip pemprosesan dengan sambungan 5G yang mampu milik. Ia juga memberi tumpuan terhadap peningkatan kecekapan kuasa yang meletakkan prestasinya diantara cip Snapdragon 4 Gen 1 dan Snapdragon 4 Gen 2.

image is not available

Ia dibina menggunakan teknologi 4nm yang dilengkapi lapan teras CPU (2x Cortex-A78 cores, 6x Cortex-A55 cores). Ia juga menyokong memori LPDDR4X RAM bersama storan dalaman berasaskan UFS 3.1. Diikuti juga dengan sokongan untuk paparan sehingga FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz dan sistem kamera sehingga 84MP yang juga boleh merakam video maksimum 1080P/60FPS.

Terdapat juga kemampuan 5G terbina dengan kelajuan yang dihadkan sehingga 1Gbps berbanding 2.5Gbps pada Snapdragon 4 Gen 2. Ciri-ciri lain yang ada pada cip pemprosesan baharu ini adalah sokongan codec audio nirwayar apTX Adaptive, sambungan WiFi 5 dan bluetooth 5.1.

image is not available

Qualcomm mengesahkan bahawa peranti yang dijana oleh cip pemprosesan ini akan tiba sebelum penghujung tahun ini dengan Xiaomi menjadi salah satu pengeluar yang menggunakannya.