Cip Tensor G4 Mungkin Dikitar Semula Pada Pixel 10a Tahun Depan

TechnologyDigital
21 Jan 2025 • 11:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan perkara yang mengejutkan yang selepas Pixel 9 dilancarkan, Google terus memulakan pembangunan Pixel 10 dan Pixel 11. Pelbagai informasi telah tertiris seperti cip Tensor baharu akan dikilangkan oleh TSMC dan banyak lagi. Terbaru, informasi mengenai Pixel 10a pula tertiris.

image is not available

Pixel 9a pun belum dilancarkan lagi, tetapi Pixel 10a dilaporkan sudah dalam peringkat pembangunan awal. Sumber menyatakan Google masih tidak pasti sama ada ingin menggunakan cip Tensor G5 khas padanya atau kekal menggunakan G4. Ini perkara yang aneh, kerana setiap tahun Pixel A akan menggunakan cip peranti mercu Pixel tahun sebelumnya.

Siri Pixel 10 dikatakan akan lebih memfokuskan kepada kemampuan kamera dan kemampuan AI lebih canggih, hebat dan pantas yang dikatakan hanya boleh berlaku dengan cip Tensor G5. mungkin kos cip G5 lebih mahal membuatkan Google belum menetapkan cip mana yang patut digunakan pada Pixel 10a. Jika Tensor G4 digunakan, ia akan menjadi cip sama digunakan selama 3 tahun berturut-turut iaitu siri Pixel 9 (2024), Pixel 9a (2025) dan Pixel 10a (2026). Sama-sama kita nantikan.

View Original Article