Cipta Sejarah! Abdul El-Sayed Jadi Individu Muslim Pertama Dipilih Sebagai Senator Amerika Syarikat

WorldPolitics
4 Nov 2026 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Calon Parti Demokrat, Abdul El-Sayed mencipta sejarah apabila menjadi individu Muslim pertama yang dipilih sebagai senator di Amerika Syarikat (AS) selepas memenangi pilihan raya Senat di Michigan pada Selasa (3 November).

Menurut laporan Al-Monitor, Abdul El-Sayed, 42, berjaya menewaskan calon Parti Republikan yang juga bekas anggota Kongres, Mike Rogers.

Advertisement

Beliau memperoleh 51.9 peratus undi ketika 85 peratus undi telah dikira, berdasarkan laporan Associated Press (AP).

Abdul El Sayed

rakyat mengundi di Amerika Syarikat

Siapa Abdul El-Sayed

Abdul El-Sayed dilahirkan dan dibesarkan di pinggir bandar Detroit dalam keluarga imigran dari Alexandria, Mesir.

Beliau memiliki kelulusan perubatan dari Columbia University serta ijazah kedoktoran dari University of Oxford, selain pernah berkhidmat dalam sektor kesihatan awam sebelum menceburi bidang politik.

Bagaimanapun, perjalanan politiknya tidak terlepas daripada kontroversi apabila beliau berdepan serangan berunsur Islamofobia sepanjang kempen pilihan raya.

El-Sayed sokong Palestin

Malah, Presiden AS, Donald Trump sebelum ini pernah melabelkan Abdul El-Sayed sebagai seorang ‘jihadist’, manakala beberapa pemimpin Republikan turut mengkritik pendirian politiknya.

Dalam pada itu, Abdul El-Sayed dikenali sebagai penyokong perjuangan Palestin dan lantang mengkritik dasar luar AS, khususnya bantuan ketenteraan yang diberikan kepada Israel.

View this post on Instagram

Beliau turut menggesa agar bantuan ketenteraan AS kepada Israel dihentikan serta menyuarakan bantahan terhadap peperangan dengan Iran.

Menurut Abdul El-Sayed, wang pembayar cukai AS sepatutnya tidak dibazirkan untuk membiayai peperangan di luar negara.

Hentikan pembaziran wang cukai kita untuk peperangan di luar negara.

Kemenangan beliau turut menarik perhatian kerana Michigan mempunyai komuniti Arab-Amerika yang besar, dengan anggaran lebih 392,000 penduduk daripada komuniti tersebut.

Donald Trump salahkan calon Republikan2026-11-04 15:37:31

“Kalau Saya Bertanding, Kami Akan Menang Besar!” - Donald Trump Ulas Kekalahan Parti Republikan

The post Cipta Sejarah! Abdul El-Sayed Jadi Individu Muslim Pertama Dipilih Sebagai Senator Amerika Syarikat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved