Cipta Sejarah Baru, SEVENTEEN Pecah Rekod Jualan Album Dengan ’17 IS RIGHT HERE’

Music
30 Apr 2024 • 1:25 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

SEVENTEEN sekali lagi telah memecahkan rekod jualan album tertinggi yang sebelum ini turut dipegang oleh mereka.

SEVENTEEN telah kembali dengan album baru mereka “17 IS RIGHT HERE” dan kumpulan ini sekali lagi telah mengagumkan peminat K-Pop dengan lagu utama mereka iaitu “MAESTRO”.

Pada hari pertama album tersebut dikeluarkan, SEVENTEEN telah menjual lebih 1.68 juta album dalam masa satu jam sahaja.

Malah, mereka juga telah mencipta rekod baru di Hanteo sebagai album kompilasi yang paling banyak dijual pada hari pertama iaitu sebanyak 2.28 juta salinan. Sekaligus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh BTS (2.15 juta salinan).

Tidak terhenti di situ, lagu utama album ini iaitu “MAESTRO” juga telah berjaya menduduki carta tertinggi muzik di 32 buah negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina dan Sepanyol.

Tahniah buat SEVENTEEN dan CARATS!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.