Cipta Sejarah, Majlis Perasmian Sukan SEA Bakal Diadakan Di Stadium Sarawak

19 Jan 2025 • 9:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buat pertama kalinya perasmian Sukan SEA diadakan di Sarawak

Cipta Sejarah, Majlis Perasmian Sukan SEA Bakal Diadakan Di Stadium Sarawak. Sarawak bakal mencatat sejarah apabila dipilih sebagai lokasi perasmian Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) 2027.

Dilaporkan, bahawa pemilihan ini telah dipersetujui Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan ia merupakan kali pertama perasmian Sukan SEA diadakan di luar Lembah Klang.

image is not available
Cipta Sejarah, Majlis Perasmian Sukan SEA Bakal Diadakan Di Stadium Sarawak. Sumber gambar: Focus Malaysia

Sarawak bakal menjadi hos bersama

Terdahulu pada ucapan malam penutupan Sukma 21 di Sarawak tahun lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Sarawak bakal menjadi hos bersama untuk penganjuran Sukan SEA 2027.

Oleh itu, Abang Johari menyifatkan penglibatan Sarawak dalam penganjuran Sukan SEA ini sebagai satu pelaburan yang bakal memberi impak besar kepada rakyat.

image is not available

Kehadiran ramai atlet dari seluruh Asia Tenggara

Kehadiran ramai atlet dan delegasi dari seluruh Asia Tenggara juga dijangka akan merancakkan pelbagai sektor seperti pelancongan dan ekonomi tempatan.

Beliau juga menekankan bahawa penganjuran Sukan SEA ini akan menunjukkan kemampuan dan profesionalisme Sarawak di mata dunia.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: