Ciptaan luar biasa sempena CES 2023, inovasi nombor 5 buat ramai terkesima

Design
17 Jan 2023 • 11:57 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
CIPTAAN CES 2023

SABAN tahun, ciptaan teknologi dunia semakin maju demi memenuhi keperluan semasa yang semakin mencabar.

Pelbagai mesin kecerdasan buatan (AI) dan prototaip baharu diperkenalkan kepada dunia melalui penganjuran ekspo teknologi bertaraf global, antaranya Consumer Electronics Show (CES).

Lapor Evening Standard, CES 2023 yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat pada kali ini mempersembahkan barisan produk futuristik yang sememangnya menakjubkan.

Pameran berprestij tersebut menampilkan lebih 3,200 peserta daripada 173 negara pada tahun ini dengan pelbagai inovasi ekstravaganza.

Tak kurang juga fitur baharu yang tak masuk akal diperkenalkan sebagai idea kreatif yang mungkin membuatkan kalian terkesima.

Berikut perincian teknologi yang berjaya mencuri perhatian ramai sekali gus membuatkan kalian tabik spring:

image is not available

1. Inovasi cat kenderaan tukar sendiri

  • Tidak cukup dengan pengenalan kenderaan berkuasa elektrik, pengeluar jentera mewah Jerman, BMW memperkenalkan model terbaharu, BMW i Vision Dee dengan konsep tersendiri.
  • Dilengkapi dengan teknologi panel skrin 240 E Ink untuk keseluruhan badan kenderaan, ia boleh menayangkan 32 warna yang ditetapkan pada satu masa.
  • Lebih sejuta kapsul mikro dipasang pada skrin resolusi tinggi yang dikuasakan sepenuhnya tenaga elektrik.

image is not available

2. Televisyen tanpa wayar

  • Pada tahun ini, LG lebih berani dengan rekaan terbaharu, LG OLED M3 yang bukan sekadar televisyen pintar biasa.
  • Tampil dengan desain lebih menarik tanpa wayar dan boleh dikendalikan hanya melalui kotak penyambungan LG Zero.
  • Nampak cantik dipasang terus pada dinding dan mampu bertahan selama 180 jam tanpa wayar kabel kerana tersedia ruang untuk bateri slot-in.

image is not available

3. Konsul PS5 mesra OKU

  • Sony Playstation mengumumkan pelancaran konsul mesra orang kurang upaya (OKU), yang dikenali sebagai Project Leonardo.
  • Reka bentuk lebih fleksibel dengan beberapa configurable sticks dan button mapping yang membolehkan golongan tersebut bermain permainan dalam talian dengan mudah.

image is not available

4. Gimbal gincu

  • Jenama kosmetik terkemuka dunia, L’Oréal menawarkan gajet mudah alih, gimbal gincu yang dinamakan sebagai Hapta.
  • Inovasi tersebut khas dibangunkan untuk mereka yang mengalami masalah Parkinson, cerebral palsy atau yang menderita strok.
  • Fitur yang dilengkapi sensor pergerakan dan magnetik membolehkan ia dilenturkan kepada sudut 180 atau 360 darjah.

image is not available

5. Basikal pengecas komputer riba

  • Agak memang pelik apabila kalian boleh mengecas laptop hanya dengan mengayuh basikal.
  • Teknologi yang diperkenalkan Acer iaitu eKinekt BD3 nampaknya boleh membuatkan ramai pengguna garu kepala.
  • Desain basikal senaman yang diubah menjadi meja pengecas untuk semua peranti melalui tiga port USB. Pelik juga, kan?

image is not available

Mesti ramai yang membayangkan semua ciptaan tersebut jika dijual di Malaysia, berapa agaknya harga yang ditawarkan.

Apapun, teringin juga nak melihat teknologi yang diperkenalkan anak tempatan diangkat dalam majlis bertaraf dunia berkenaan.

Tak mustahil, mungkin satu hari nanti pereka daripada Malaysia dapat melancarkan prototaip dengan inovasi tersendiri sekali gus membanggakan negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi