“Ciputnya Daging, Sedih Tengok..” – Sebelum Ini Maggi Malam RM15 Dipertikai, Kali Ini Nachos RM15 Pula Jadi Bualan Ramai

LocalFood
20 Nov 2024 • 11:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, viral mengenai sebuah gerai di tepi jalan yang bernama ‘Maggi Malam’ yang dijual dengan harga RM15 dan hal itu mendatangkan pelbagai reaksi di kalangan warganet.

Ingatkan maggi saja dijual dengan harga sebegitu tetapi terbaru di laman X, tular satu video memaparkan Nachos dijual dengan harga yang sama iaitu RM15.

Individu yang memuat naik semula video daripada TikTok itu persoalkan sama ada berbaloi atau tidak untuk membeli snack tersebut.

Lagi membuatkan individu tersebut persoal harga yang diletak kerana kuantiti daging dalam Nachos tersebut didakwa terlalu sikit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan ia sama sekali tidak berbaloi untuk dibeli oleh orang ramai.

image is not available

image is not available

Malah, ada juga yang buat perbandingan dengan Nachos di luar negara, di mana daging yang diletak lebih banyak jika hendak dibandingkan dengan versi Malaysia ini.

image is not available 2 weeks ago

Ramai Gigih Beratur Panjang Waktu Malam Untuk Beli Megi RM15, Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kenapa Kemaruk Sangat, Rumah Kau Takde Megi Ke?”