Circle To Search Kini Boleh Mencari Setiap Objek Dalam Gambar

TechnologyDigital
26 Feb 2026 • 10:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak dilancarkan dua tahun lalu, Google Circle to Search ialah ciri yang saya gunakan puluhan kali setiap hari untuk mencari sumber cerita, gambar, video, melakukan alih bahasa dan mengesahkan berita di atas talian. Hari ini Circle to Search menerima ciri baharu dimana ia boleh mencari setiap objek dalam gambar yang “dibulatkan” dalamnya.

image is not available

Ia amat berguna dalam carian busana lebih-lebih lagi semakin kita hampir kepada Hari Raya Aidilfitri. Gunakan Circle to Search untuk mencari di mana boleh membeli baju, seluar, kasut dan aksesori yang dilihat di skrin. Butang baharu Try This Look akan dipaparkan di skrin untuk mencari setiap pakaian pada tubuh model. Dengan ciri baharu ini, tak perlu lagi lakukan zum dekat untuk mengenali jenama dan model kasut atau jam yang dipakai dalam video.

Ciri Try It On yang diperlihatkan di Google I/O juga kini terbina terus dalam Circle to Search. Gemini akan menjana gambar menunjukkan bagaimana rupa baju yang dilihat sekiranya dipakai pada tubuh anda. Kesemua ciri yang diumumkan hari ini hanya boleh digunakan pada siri Samsung Galaxy S26 dan Google Pixel 10.