Ciri baharu Whatsapp: Kata laluan untuk mesej anda yang paling peribadi

Digital
16 May 2023 • 9:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Whatsapp mengumumkan satu fungsi baharu yang bakal mempertingkat kerahsiaan mesej anda. Dinamakan Chat Lock, fungis baharu ini membolehkan anda mengunci bebenang mesej menggunakan kaedah biometrik ataupun kata laluan.

image is not available

Apabila diaktifkan, bebenang mesej yang ditetapkan tidak boleh dibuka. Sekiranya ada individu asing yang ingin mencuri baca mesej, dia hanya boleh melihat bebenang yang fungsi Chat Lock tidak terpasang. Pengguna Whatsapp boleh mengaktifkan Chat Lock untuk bebenang individu ataupun kumpulan. Bukan setakat mesej disembunyikan daripada pemuka Whatsapp, sebarang notifikasi mesej masuk daripada hubungan di bawah Chat Lock juga tidak akan dipaparkan.

image is not available

Menurut Whatsapp, Chat Lock sudahpun disebar luaskan untuk pengguna. Tapi sekiranya anda masih belum menerimanya, pastikan aplikasi permesejan anda berada pada versi terbaharu. Mereka juga memaklumkan yang akan menambah baik fungsi Chat Lock seperti menetapkan kata laluan khas untuk bebenang tertentu supaya tidak serupa dengan kata laluan telefon anda.

image is not available

Whatsapp semakin kerap memperkenalkan ciri baharu yang menarik pada servis mereka. Dalam bula April 2023 dulu, mereka mengumumkan yang pengguna boleh melog masuk akaun mereka di 4 telefon serentak.

Sumber: Whatsapp

Bacaan berkaitan