
Di Google I/O bulan Mei lalu ciri Immersive View diumumkan oleh Sundar Pichai. Hari ini ciri akhirnya telah diaktifkan kepada pengguna global. Menerusi Immersive View, pengguna boleh pergi ke peta dan melihat ikon untuk mercu tanda popular. Apabila ditekan, pilihan untuk melihat keadaan sebenar mercu tanda tersebut dalam bentuk video 3D pendek dapat ditonton.

Dengan Immersive View pengguna Maps boleh melihat sendiri sama ada mercu tanda popular tersebut adalah berbaloi untuk dilawati ataupun tidak. Selain menunjukkan keadaan sebenar lokasi, pengguna juga boleh melihat keadaan lalulintas, cuaca, kesesakan dan pada waktu tertentu. Untuk mengakses Immersive View sila kemas kini aplikasi Maps ke versi paling terkini.
