Ciri keselamatan baru WhatsApp bantu elak ditipu scammer, aktifkannya sekarang

Digital
20 Jun 2023 • 4:59 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Bagi meningkatkan lagi fungsi keselamatan, WhatsApp hari ini mengumumkan dua kemaskini pada platform permesejan terkemuka di Malaysia. Fungsi baru ini tersedia terus untuk semua pengguna, tidak perlu menunggu dilepaskan secara berperingkat.

Dua fungsi baru itu adalah:

  1. Senyapkan Pemanggil Tidak Diketahui
  2. Semakan Privasi

image is not available

Senyapkan Pemanggil Tidak Diketahui

Ciri ini pasti sangat digemari ramai, kerana sedikit sebanyak ia boleh mengelakkan panggilan scam sampai kepada pengguna. Ini kerana pengguna tidak akan diberitahu jika ada panggilan WhatsApp masuk daripada orang yang tak dikenali.

Apabila diaktifkan ciri ini diaktifkan, ia akan menjadikan telefon anda tidak berdering jika panggilan masuk daripada orang yang tiada dalam kenalan anda. Bagaimanapun, ia masih ada di dalam senarai panggilan, supaya anda tahu dan boleh menyemaknya untuk memastikan jika ia datang daripada seseorang yang penting.

image is not available

Bagi memastikan lebih ramai orang tahu tentang fungsi keselamatan baru “Senyapkan Pemanggil Tidak Diketahui” yang sangat berguna ini, WhatsApp memperkenal fungsi baru kedua iaitu “Semakan Privasi“.

Semakan Privasi

Fungsi keselamatan baru yang kedua ini sebenarnya hanyalah senarai semak untuk pengguna mengetahui tahap keselamatan WhatsApp di akaun mereka. Ia memudahkan pengguna untuk mengubah tetapan mengikut privasi yang diingini.

Dalam Semakan Privasi, pengguna akan dimaklumkan buat kali pertama untuk menyemak tetapan berkaitan privasi di dalam WhatsApp. Ia terdapat di dalam Settings > Privacy. Anda akan dapat melihat notis “Privacy Checkup” di bahagian atas. Tekan pada “Start Checkup” untuk mula melihat senarai semak.

image is not available

Terdapat empat perkara berkaitan privasi di dalam semakan ini, iaitu:

  1. Siapa boleh hubungi anda
  2. Siapa boleh lihat maklumat peribadi anda
  3. Hadkan akses kepada mesej yang dihantar
  4. Tambah lapisan keselamatan

Sebaiknya, anda menjalankan semakan privasi ini sekurang-kurangnya sekali sekarang. Jadi anda mengetahui setinggi mana tahap keselamatan yang anda tetapkan untuk penggunaan WhatsApp.

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan