Ciri “Live Location” Seakan WhatsApp Kini Boleh Digunakan Pada DM Instagram

TechnologyDigital
26 Nov 2024 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nampaknya Instagram semakin menggalakkan pengguna mereka berkongsi lokasi semasa masing-masing. Sebelum ini mereka telah memperkenalkan Friend Map dan terbaru, platform pemesejan mereka Direct Message atau DM telah ditambah dengan ciri perkongsian lokasi baharu.

image is not available

Seperti WhatsApp, di DM Instagram juga anda kini boleh kongsi lokasi semasa anda secara langsung. Dengan kata lain, Live Location kini di DM. Tekan ikon tambah dalam DM, kemudian pilih Location dan terus tekan Share Location. Ini akan terus kongsi lokasi semasa secara langsung selama 1 jam, durasi ini tidak boleh diubah seperti dalam WhatsApp.

image is not available

Instagram turut menambah ciri lain, di mana pengguna kini boleh tambah nama samaran ketika perbualan di dalam DM berkumpulan. Selain itu, 17 pek pelekat baharu telah ditambah dengan kini terdapat lebih 300 pelekat boleh digunakan dalam DM.

image is not available