Jika anda pengguna aplikasi AI Google Gemini untuk tugasan harian anda, Google dilaporkan telah memperkenalkan sebuah ciri baru untuk aplikasi tersebut, dimana anda boleh memuat-naik video pada aplikasi tersebut.
Video yang dimuat-naik boleh dianalisa oleh Gemini, yang boleh menerangkan perihal video tersebut, ddan menggunakan gaya kata “prom” untuk menghuraikan konteks yang dapat diolah daripada video yang dimuat-naik.
Melalui laporan 9To5Google yang telah menguji ciri ini, Gemini nampaknya dapat menghuraikan konteks melalui audio daripada video yang dimuatnaik juga. Dalam pada itu, video yang dimuat-naik boleh dimainkan melalui pemain video yang terbina didalam aplikasi Google Gemini.
Ciri ini sedang diperkenalkan kepada pengguna-pengguna aplikasi Google Gemini secara berperingkat. Ia juga dilaporkan bahawa kedua-dua pengguna aplikasi percuma ddan berbayar boleh menikmati ciri ini, cuma mungkin pelanggan berbayar akan mendapat akses kepadanya terlebih dahulu.

Untuk mengaksesnya, anda hanya perlu menekan ikon “+” di bahagian bawah aplikasi, dimana anda boleh memuat-naik fail-fail gambar, dokumen dan kini video jika anda sudah menerima kemaskini tersebut. Ciri analisa video ini sedikit sebanyak merupakan sambungan kepada ciri analisa video melalui pautan YouTube yang kini dilanjutkan kepada video-video lain.
Fail video yang disokong untuk dimuat-naik ke Gemini termasuklah 3GP, AVI, FLV, MOV, MP4, MPEG, MPG dan WEBM. Saiz video yang boleh dimuat-naik pada satu-satu masa terhad kepada 20MB, dimana pengguna berbayar boleh memuat-naik 10 video sekaligus. Gemini juga mampu memproses video tanpa audio sepanjang 1 jam dan video dengan audio sepanjang 45 minit.
Buat masa ini, ciri muat-naik dan analisa video ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Google Gemini buat masa ini. Ciri muat-naik fail sudah diperlihatkan pada versi web, tetapi kebolehan memuat-naik video secara khusus masih belum dilancarkan lagi.
]/sumber]


