Ciri Mengesan Darah Tinggi Apple Watch Kini Boleh Digunakan Di Malaysia

LocalTechnology
28 Jan 2026 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple mengembangkan sokongan ciri mengesan darah tinggi Apple Watch ke 7 negara baharu iaitu Malaysia, Australia, Colombia, Indonesia, Korea Selatan, Brazil dan Turkiye. Ciri mengesan pola tekanan darah tinggi menggunakan sensor Apple Watch dan algoritma kali pertama dilancarkan pada September tahun lalu.

image is not available

Menerusi data kesihatan yang dijejak Apple Watch, corak penyakit darah tinggi akan dikesan dalam tempoh 30 hari. Pengguna kemudian akan menerima amaran untuk mendapatkan nasihat doktor sebagai langkah seterusnya.

Apple menekankan bahawa darah tinggi ialah faktor risiko paling utama bagi serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang. Pengguna di Malaysia boleh mengaktifkan ciri ini menerusi aplikasi Health. Walau bagaimanapun ciri ini hanya disokong pada Apple Watch Series 9 dan ke atas serta Apple Watch Ultra 2 dan ke atas.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved