Ciri Menjana Gambar Oleh Grok Kini Untuk Pelanggan Berbayar Sahaja

LocalTechnology
9 Jan 2026 • 5:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Insiden kecerdasan buatan (AI) Grok menjana gambar tidak senonoh pada penghujung tahun lalu mendapat perhatian global dengan Malaysia, India, UK, dan Perancis memulakan siasatan kerana tindakan Grok mengubah pakaian dalam gambar melanggar undang-undang privasi atas talian negara-negara tersebut.

image is not available

Sebentar tadi secara mengejut, ciri mengarahkan Grok untuk mengubah gambar di X telah dimatikan untuk pengguna X biasa. Jika arahan diberikan, Grok mengeluarkan output mengatakan ciri ini hanya boleh digunakan pelanggan berbayar X Premium sahaja. Tiada garis masa bila ia akan dikembalikan dan bergantung kepada perubahan polisi di X. Ciri dihentikan sejurus selepas Suruhanjaya Eropah (EC) mengarahkan xAI untuk menyimpan semua log perbualan supaya siasatan boleh dilakukan.

Ciri janaan gambar ini dimatikan seketika oleh Grok seminggu lalu dengan semua gambar yang dijana dipadam selepas ia menimbulkan kontroversi. Tetapi selepas India dan Malaysia memulakan siasatan, ia diaktifkan semula dan gambar yang mengandungi elemen lucah kembali dihasilkan termasuk yang mengandungi kanak-kanak bawah umur.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved