Ciri Menjana Senarai Main Muzik Dengan AI YouTube Music Kini Di iOS

TechnologyDigital
19 Mar 2025 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bulan September tahun lepas, Google telah melancarkan ciri Ask Music menerusi YouTube Music. Ia adalah ciri AI generatif yang menjana stesen radio atau senarai main berdasarkan prom pengguna. Ciri ini ketika dilancarkan terhad untuk peranti Android sahaja, tetapi kini jika pengguna peranti iOS berminat ia telah sedia digunakan.

image is not available

Ciri ini akan muncul di laman utama aplikasi YouTube Music. Selepas ditekan, pengguna boleh masukkan prom atau idea untuk ia diproses. Prom yang diterima adalah teks-teks ringkas seperti 80s inspired indie, Dreamy synthpop, Saddest songs atau ayat-ayat mudah faham. Selepas ia menjana, lagu pertama akan terus dimainkan secara automatik dan senarai main dijana ini boleh terus disimpan ke pustaka pengguna.

Senarai main atau radio ini turut boleh dikongsi dengan orang ramai. Ciri ini dikatakan memerlukan langganan YouTube Premium dan tetapan bahasa Inggeris.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved