Ciri Pindah WhatsApp Dari Android Ke iPhone Kini Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna

TechnologyDigital
21 Jul 2022 • 2:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas ditawarkan dalam bentuk beta sebelum ini, kini Apple berkongsi mengatakan ciri memindahkan data dari WhatsApp peranti Android ke iPhone telah boleh diakses oleh semua pengguna seluruh dunia.

Ciri ini ditawarkan sebagai sebahagian daripada aplikasi Move to iOS.

image is not available

Untuk memulakan proses pemindahan WhatsApp dari peranti Android ke iPhone, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi Move to iOS pada peranti Android, dan seterusya menghubungkan ia ke peranti iPhone baharu mengikut arahan pada skrin.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna Android untuk beralih ke iPhone – tanpa risau data dari WhatsApp kehilangan.