Ciri Salin dan Tampal Rentas iOS-Windows Sedang Dibangunkan Apple

TechnologyDigital
4 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri salin dan tampal kandungan daripada iPhone ke Mac adalah semudah menekan satu butang. Ia turut boleh digunakan pada iPad kerana semuanya di bawah payung sistem yang sama. Bagi mereka yang menggunakan lebih daripada satu ekosistem, ciri ini tidak boleh diakses. Tetapi Apple telah memulakan pembangunan ciri salin dan tampal rentas platform bagi memenuhi Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah.

Image from: Ciri Salin dan Tampal Rentas iOS-Windows Sedang Dibangunkan Apple

Ciri dibangunkan selepas diminta oleh Microsoft menggunakan DMA. Apple berkata mereka akan menyokong salin dan tampak dari iPhone ke PC serta daripada arah bertentangan. Ia akan diberikan menerusi perkongsian clipboard yang sama antara dua peranti dengan sistem operasi berbeza.

Walaupun menyatakan komitmen menyokongnya, Apple berkata ciri ini memerlukan usaha yang besar. Oleh itu ia dijangka siap pada musim luruh 2027 sebelum menjalani ujian Beta. Sekiranya semua berjalan lancar, ciri akan diberikan awal 2028.

Yang menjadi tanda tanya ialah sama ada ciri hanya akan disokong di pasaran EU sahaja atau ke pengguna global. Sokongan stor iPhone pihak ketiga dan tambatan aksesori pantas rentas platform setakat ini hanya diterima pengguna EU. Sistem migrasi kesemua data iOS ke Android pula menggunakan aplikasi Android Switch pula baru diberikan kepada semua peranti Android 17 beberapa minggu lalau bermula dengan Galaxy Z Fold8 dam Z Flip8.

Sumber – MacRumors

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved