Ciri Scam Detection Google Pixel Kini Diterima Siri Samsung Galaxy S26

TechnologyDigital
26 Feb 2026 • 7:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Serentak dengan pelancaran Samsung Galaxy S26, Galaxy S26+ dan Galaxy S26 Ultra awal pagi tadi, ciri Scam Detection akhirnya tiba ke tiga peranti ini setelah sekian lama hanya diberikan kepada peranti Pixel. Scam Detection mengesan panggilan telefon berbentuk penipuan dan kemudian memberikan amaran kepada pemilik telefon mengenainya.

image is not available

Ia menggunakan kecerdasan buatan Gemini yang terbina dalam peranti untuk mengesan panggilan telefon yang disyaki daripada penipu. Data tidak dilihat oleh Google bagi memastikan privasi pemilik peranti terjaga. Secara lalai ciri ini dimatikan dan pengguna perlu mengaktifkannya sendiri. Pada waktu ini sokongan Scam Detection pada siri Galaxy S26 adalah terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke pasaran lain.

Scam Detection juga boleh menapis hantaran mesej menerusi Google Messages yang juga berbentuk penipuan. Ia mengenalpasti taktik penipu menghantar mesej sebelum sekali memaparkan amaran kepada pengguna. AI Gemini sekali lagi digunakan untuk mengimbas mesej yang diterima.

Scam Detection dalam Google Messages kini disokong di 20 negara dalam bahasa Inggeris, Arab, Perancis. Jerman, Portugis dan Sepanyol sahaja pada ketika ini. Ia juga hanya diterima peranti Pixel dan siri Galaxy S26.