Ciri Terbaharu Siri iPhone 15 Boleh Menjadi Powerbank

Digital
13 Sep 2023 • 7:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hari ini, syarikat iPhone baru sahaja mengumumkan keluaran model iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang menakjubkan.

Model terbaharu ini dijana Apple A17 Pro, cip pemprosesan pertama dengan rekaan 3nm.

Malah, banyak ciri dan fungsi baharu diperkenalkan seperti Dynamic Island yang lebih baik, kamera lebih bagus, sokongan USB-C, boleh main Resident Evil 4 dan banyak lagi.

image is not available

Bukan itu sahaja, buat pertama kalinya kesemua model iPhone menyokong USB-C, Apple akhirnya membawakan sokongan mengubah telefon ini menjadi sebuah powerbank.

Namun, ia terhad untuk mengecas Apple Watch atau AirPods sahaja. Ciri ini walaubagaimanapun tidak boleh mengecas iPhone lain.

Sebelum ini, ciri lebih kurang sama diperkenalkan pada iPad Pro generasi pertama (2018) di mana tablet ini boleh mengecas iPhone dengan kabel USB-C ke Lightning.

Boleh dikatakan Apple akhirnya mempunyai ciri pengecasan berbalik, cuma ianya dengan kabel bukan nirwayar.

Kredit: amanz


@ohmedia

Sejarah Bendera Malaysia Yang Ramai Tak Tahu #ohmedia ohinspirasi #merdeka66

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved