Citaglobal terbit 42.1 juta saham bagi biayai pengambilalihan 20% ekuiti dalam Manjaran

LocalBusiness & Finance
29 Dec 2025 • 4:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Citaglobal terbit 42.1 juta saham bagi biayai pengambilalihan 20% ekuiti dalam Manjaran image is not available amree29/12/2025 - 16:00 Oleh editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 DisCitaglobal Berhad melaksanakan penyenaraian terbitan saham tambahan susulan cadangan pengambilalihan sebanyak 20% kepentingan ekuiti dalam Manjaran Sdn Bhd.


Kumpulan itu berkata, sebanyak 42.11 juta saham baharu akan diterbitkan pada harga terbitan 95 sen sesaham, sebagai penyelesaian penuh harga pembelian bagi cadangan pengambilalihan tersebut.


Jelasnya, berikutan terbitan saham baharu berkenaan, modal saham terbitan Citaglobal meningkat kepada 467.68 juta unit, dengan modal saham berbayar pula ialah berjumlah RM594.37 juta.


"Jumlah permodalan tersebut selepas diselaraskan berdasarkan kepada nilai saksama saham pada tarikh pengagihan," kata Citaglobal dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.


Selain itu tambahnya, kumpulan berkenaan turut memaklumkan bahawa saham tambahan tersebut akan disenaraikan dan mula didagangkan kepada pelabur pada 30 Disember 2025.


Syarikat menegaskan terbitan saham itu tidak melibatkan pengeluaran sekuriti baharu, sebaliknya merupakan sebahagian strategi pengembangan kumpulan melalui pengambilalihan strategik. - DagangNews.com

Terkini standard