City mahu jadikan Arsenal 'mangsa'

Football
6 Oct 2023 • 12:09 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
City akan bertandang ke Emirates menentang Arsenal dalam aksi EPL pada Ahad. - Foto AFP

MANCHESTER City mahu tampil lebih garang biarpun akan berkunjung ke laman lawan di Stadium Emirates menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad ini.

Skuad bimbingan Pep Guardiola itu tekad bangkit setelah rekod tanpa kalah The Citizens berakhir minggu lepas.

City kalah kepada Newcastle United dalam saingan Piala Liga dan tewas 1-2 kepada Wolverhampton Wanderers dalam aksi EPL menyaksikan The Citizens hanya memiliki kelebihan satu mata di puncak liga.

The Citizens bagaimanapun bakal tampil dengan semangat baharu selepas mengalahkan RB Leipzig 3-1 dalam kancah Liga Juara-Juara pada Khamis.

Guardiola memberi amaran bahawa skuadnya mempunyai mentaliti untuk bangun semula dan 'tidak akan menjadi lawan yang mudah untuk ditewaskan' dalam perebutan kejuaraan.

“Kedua-dua perlawanan (menentang Newcastle dan Wolves) mungkin bukan aksi terbaik dan ia bukan mudah apabila 10 pemain bertahan di dalam kotak penalti,” ujar Guardiola.

Arsenal ketinggalan satu mata di belakang City di tempat ketiga dan juga salah satu daripada dua kelab yang masih belum tewas dalam liga – bersama Tottenham Hotspur di tangga kedua.

“Pun begitu, jika anda fikir saya akan meragui pemain atau meragui apa yang akan kami lakukan musim ini, maka anda silap.

“Saya bergantung kepada mereka tanpa syarat. Menang atau kalah kerana saya tahu sesi latihan, mentaliti dan mereka membuktikannya. Selepas ini akan ke Arsenal untuk mempersembahkan aksi kami,” kata Guardiola.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved