City perlu buat luar biasa jika mahu 'langgar' Arsenal

Football
4 Jan 2023 • 10:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pep Guardiola - Foto EPA

PEP Guardiola percaya Manchester City perlu melakukan sedaya upaya jika penyandang juara itu ingin merombak pendahulu Arsenal dari puncak carta Liga Perdana Inggeris.

City boleh kembali merapat kedudukan dengan lima mata di belakang The Gunners menjelang kunjungan ke Chelsea selepas Arsenal kehilangan mata apabila seri tanpa jaringan berdepan Newcastle United sebelum ini.

“Kami perlu mengurangkan jurang dengan bermain bagus dan memenangi perlawanan, tetapi mereka (Arsenal) mendapat lebih daripada 100 mata jika mereka mengekalkan purata ini dan kami tidak akan mengejar mereka.

“Kami perlu hampir sempurna dan berharap mereka kehilangan mata. Malam tadi mereka masih cemerlang,” katanya.

Chelsea hanya memenangi satu daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tetapi Guardiola masih menjangkakan pertemuan sukar di Stamford Bridge.

“Ini adalah Liga Perdana Inggeris. Mereka pasukan yang sukar, diurus dengan baik.

“Tidak kira apa kedudukan anda apabila anda pergi ke Stamford Bridge. Ia sentiasa sukar,” kata Guardiola.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved