Dengan kemampuan swapandu Tahap 5, kenderaan dapat berfungsi tanpa sebarang input dari manusia. Ia masih belum dicapai pada waktu ini tetapi apabila menjadi realiti kelak, pelbagai kemampuan menarik dapat dilakukan oleh kereta swapandu. Rivian, sebuah syarikat pengeluar kereta elektrik telah mempatenkan mod Guardian yang membolehkan kenderaan menghantar anak ke sekolah.

Sistem kamera dalam kereta membolehkan penumpang dipantau seperti sistem kamera sistem tertutup. Hubungan audio dua hala juga boleh dilakukan untuk menenangkan penumpang. Di masa hadapan pengguna Rivian boleh menghantar anak ke sekolah tanpa perlu memandunya sendiri.
