
‘Barkoba sebenarnya dari Rumah Ramping’
‘Claim’ Barkoba Dari Sri Aman, Posting Lelaki Ini Buat Netizen Sarawak Terhibur. Fenomena ‘Barkoba‘ yang menjadi pencetus kempen melobi Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya, menyaksikan aktor serba boleh itu diumum mengungguli trofi utama sempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.
Kemenangan Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri mengetepikan calon lain yang sebelum ini disebut-sebut bakal membawa trofi dambaan artis seperti Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Minggu ini, nama Bell Ngasri kembali ‘hits’ meniti dari bibir ke bibir netizen, apabila sebuah posting dari seorang individu mendakwa ‘Barkoba’ sebenarnya berasal dari Sri Aman, Sarawak.
Posting itu telah dimuat naik oleh pihak Iban Troll Offical di Facebook mereka. Untuk info, kesemua hantaran yang dimuatnaik oleh page tersebut sememangnya sekadar jenaka dan hiburan buat netizen.

Berdasarkan biodata yang sengaja disunting itu, Bell Ngasri dikatakan berasal dari Rumah Ramping, San Semaju Engkilili di Sri Aman.
Posting itu mula mendapat perhatian netizen Sarawak dan rata-rata mereka terhibur dengan hantaran tersebut.

Susulan itu, ada netizen yang membetulkan info tersebut. Tambah netizen, beliau sebenarnya berasal dari Selangor dan bukannya dari Sarawak.




