Claude for Word Dilancarkan Yang Berfungsi Terus Dalam Microsoft Word

TechnologyDigital
13 Apr 2026 • 10:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Claude for Word dilancarkan pagi ini dengan ia berfungsi terus di dalam Microsoft Word yang menjadikan proses penulisan dan melakukan kajian untuk dokumen lebih mudah tanpa perlu membuka tingkap lain untuk Claude.

Menerusi integrasi terus dalam Microsoft Word, pengguna boleh memilih teks, memberikan arahan prom, dan semua suntingan yang dilakukan Claude akan dilabel dengan jelas dalam dokumen. Pengguna boleh memberikan arahan seperti mengubah intonasi atau gaya penulisan. Setiap pautan rujukan dalam dokumen boleh diperiksa dahulu sebelum ditambah dan masih lagi boleh diklik untuk pengesahan oleh pembaca.

Ciri lain yang menarik ialah Skill dimana pasukan boleh menyimpan aliran kerja seperti semakan kontrak, memo status, ringkasan penyelidikan. Skill membolehkan pasukan menjalankan proses yang sama berulang lali dengan hasil yang konsisten.

Claude Word sedikit sebanyak melakukan ciri sama yang boleh dilakukan oleh Copilot sekarang dengan ia turut terbina dalam Word. Claude for Word is kini ditawarkan dalam versi beta untuk pelanggan pelan Claude Team dan Enterprise.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved